Sini, dengar
Posted on June 29, 2008
Filed Under Mumbling
orang bilang penulis ini gila. orang bilang bebudak jiwa macam aku dan kau dan mungkin engkau dan juga kau ni hidup takde makna. nah, aku bukan inspired atau motivated by pemuisi faveret aku.
tapi aku nak bicara tentang perasaan malam ni. tak semestinya perasaan aku. sebab aku memang sentiasa random.
so kau ingat kau kenal aku sangat? kenal sangat sampai semua benda kau fikir tentang aku tepat? hey, tolonglah. aku sendiri pon tak tahu diri aku, ni kan engkau?
hey, kau memang hebat. kau buat jantung aku berdegup kuat. kau buat aku hanyut, hanyut dengan perasaan membuak-buak. kalau kau janji tak kemana, aku pun takkan berganjak.
aku ulang kata dia, ntah bendela manusie2 skang
tak payah. tak perlu kau cuba tafsirkan isi2 tersirat dalam nota2 ku kali ini. sebab tak ade. sebab terlalu random untuk diri aku sendiri fahami.
tiap kali asap kepulan kau sedut, dan terus sedut. setiap kali itu, kau hanyut dan terus hanyut.
kau tanya dia sampai bila. sambila bila nak stress. sampai bila nak gado. dan dia takde jawaban untuk kau. kerna dia hanya mampu tunggu, nanti, tunggu dan terus tunggu.
sekian lama aku tak tambah tiga puloh. malam ini aku buat. kerana aku mahu menyelesaikan yang belum selesai. bukan sebab aku penat. aku tak pernah penat kerana aku org gila, remember?
dia cucuk2 kau dengan jarum. kau cucuk2 dia dengan api. mereka cocok2 korang dengan pisau. aku takde rasa. aku numb saja. dan aku lihat, aku pandang, aku dengar, tapi buta, buta, pekak.
dia buat kau senyum hari2, dia buat kau rindu tiap kali, dia buat kau cinta rasa cinta rasa suci rasa sepi. semua perasaan jadi kau sekali.
aku dah cakap, jangan cuba tafsirkan kerna ini random. amat random.
dia ajak kau keluar pukul dua belas lima puloh tiga pergi memborong kedai runcit? silap timing. silap tempat. kenapa kau selalu pilih waktu yang paling salah untuk bawak aku ke sana ke mari?
saat aku perlukan? kau hilang. saat aku nantikan? kau lesap.
dua enam kosong enam. dua kali nombor faveret kau di ulang. buat kau senyum. buat kau riang. buat kau tak mahu pulang. air turun basahi kau. kau terus jalan dengan riang. perlu aku hurai terang-terang, dalam-dalam? atau bolehkah dia faham-faham aja tentang-tentang yang dirasa.
kan aku dah cakap, tak perlu ditafsir. sebijak mana kau dengan ilmu sifir, ini suatu rencana formula kau tak akan boleh bongkar.
pelangi pelangi. buat aku mahu menari.
kali ini, mereka pilih untuk berdiri tegak pandang straight ke matahari dan mata luas-luas bukak dan buat-buat buta.
terimas.
Comments
Leave a Reply